Friday, November 23, 2007

Selamat Berjuang. Gerakan Obor GPMS akan Menyemarakkan Perjuangan GPMS


“Langit tidak selalu cerah, kalau nanti dan menanti, tiada esok untuk kita. Tapi jika kita berusaha tanpa berlindung di balik penantian, esok masih ada dan esok untuk kita berjuang menebus hak dan maruah”.

Inilah kata-kata yang selalu diucapkan oleh seorang sahabat, seorang ‘abang’ yang juga merupakan senior aku yang telah membawa aku ke gelanggang perjuangan GPMS iaitu abang Ajak.

Dan kerana kata-kata inilah, rasanya sudah lama aku dan sahabat-sahabat aku di GPMS di Johor (dulu kitaorg bersama dalam GPMS Cawangan Tanjung Puteri) rindu untuk bersama berjuang, berkata-kata dalam gelanggang GPMS.

Rasanya dah hampir 13 tahun kami tak bersama dalam gelanggang GPMS. Semenjak Datuk Suhaimi mengambil alih GPMS pusat dari Dr Nordin Kardi, kami dipinggirkan, dihilangkan dalam gelanggang ini.

Tapi alhamdullillah, jika kita berusaha tanpa berlindung di balik penantian, esok masih ada.

Pada tarikh 20-22 November 2007, cukup bererti kepada kami. Kami telah berjaya bersama semula di program Gerakan Obor- Khemah Kerja Patriotik 2007 anjuran biro aku, Biro Anti Dadah & Gejala Sosial Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor.

Seramai 60 orang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Impian Emas Skudai telah menyertai program ini. Bagi aku, ini merupakan program pertama biro aku semenjak terpilih menjadi EXCO dan diletakkan dalam biro ini.

Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar, tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Ini semua menambahkan semangat aku untuk terus berkhidmat untuk GPMS, terus memberikan sumbangan kepada GPMS, terus berjuang untuk GPMS.

Dalam kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut. Angah, Abg Man, Abg Ajak, Abg Nizam, Abg Fauzi, Jerman, Apek, Mancot, Amy, guru-guru pengiring dari SMK Impian Emas serta kakitangan di Savannah Hill, Ulu Tiram.

Insya-Allah, kita akan bersama lagi di program-program akan datang.

4 comments:

Rantong said...

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

Nurimo said...

Semoga berjaya,apa yang diracang menjadi realiti

Bingai @ Bangang said...

Terima kasih kerana mendaftar sebagaii "Followers" di Blog Tendang Terajang. Blog anda telah tersenarai di ruangan Blog Followers 2 saya dan diharap anda jua melakukan pautan yang sama di blog anda.

YB = Yang Bingai @ Bangang
Telco & Post - Program Tipu?

Bingai @ Bangang said...

Selamat Tahun Baru!

Saya juga ingin menjemput anda menyertai Salasilah Keluarga

Aku Yang Bingai
Bolasepak - Kontrak Rajagopal bagi telur di hujung tanduk?